Sunday 21 December 2014

Lamanya ndak bersiaran..

Assalamualaikum blog..

Sebenarnya sudah lupa apa password blog ni..

Tapi dari tablet hubby ni dia pi buka Google account .. baru teringat yang kami sebenarnya ada share email bersama huhu..

Dia pula yang ingat berbanding pemcipta email ini sendiri huhaayy..

Memang dalam usaha bisnes ada pasang surutnya...

Tapi aku anggap semua itu sebagai pengajaran Dan pemberi pengalaman..

Tetap juga usahaku dan minat di dalam bisnes ini tidak luntur...

Alhamdulillah... atas izin Dari Allah SWT dan usaha hubby akhirnya 'Wunderkind Nora ' yang dulunya hanya nama contengan di atas kertas, sekarang sudah menjadi Syarikat Sdn Bhd..

Syukur Alhamdulillah... Patutkahh aku ceritakan di dalam blog?.. Tiba-tiba terasa macam mo mengasi bear-besar pula dan too-much-information ka?..

Mudah-mudahan ndak... coretan ini sekadar tanda melihat perkembangan usaha-usaha kami yang dari zero mudah-mudahan jadilah hero Insyallah.... Ada juga tanda kenangan di dalam blog kan hehe..


Much Love,

Wunderkind Nora .







Tuesday 4 December 2012

Berehat Sekejap

Salam pengunjung blog. Apa Khabar?..

Blog ini berehat sekejap ( sekejap ? ) sebab tuan punya blog terkejut kejap dengan scammer yang menyamar jadi customer. Hmmm.. mula2 nampak macam profesional berminat dengan barang yang dijual. Lepas mau confirmkan order, tiba2 dia cakap dari south africa, kerja di Australia dan mau hantar barang yang diorder tu ke South Africa. Sudah rasa something. Ndak dilayan terus.. menghancurkan semangat jak orang2 begini ni...

Tapi ndakpa.. im back ! :)

Sunday 18 November 2012

Multifunction Bag - Light Blue

Latest product in da house ! :)




Multifunction Bag - Light Blue ( HB3211 )

RM59.00
shipping fee West Malaysia RM 8
East Malaysia RM 10

Place your order while stock last! :)


Sunday 11 November 2012

Wallet Fayence from Sophie Paris

Wallet Fayence 
RM50.00 (WM)
RM55.00 (EM)

Express your modish style in this fine leather wallet in white, brown and orange combination.
Comprising 2 bill compartments, 2 multifunction pockets, an inner zip pocket, 8 cards slides and a mobile phone pocket.

Size : 19.5 x 2.5 x 10 cm.

Sms/ whatsapp to order 014-2034814.

Review produk dari saya sendiri ! Wallet ni memang favourite ! Cuba buat kelainan selama ini kalau beli dompet warna hitam warna gelap. Cuba ini yang warna putih ! Memang menyerlah. Tempat simpanan yang banyak, dan specialnya dia boleh simpan handset. Rasa dan bau kulit dompet ni best. Lembut saja. Pegang pun best :)



Friday 9 November 2012

Kedai Online dalam Instagram

Assalamualaikum semua !

A quick update. Wanna tell you guys bout my other kedai online i build in Instagram. Now can view in web version.

Kalau ada IG boleh follow @chizeeshop  dan hashtag #onlineshoppingmurah


Please go to www.instagram.com/chizeeshop and buy order somethinglah. Uinnaa memaksa juga ko ni rayang hehe..

Lain cerita hari ni setelah setahun baru dapat memijakkan kaki ke Kota Kinabalu sekali lagi. Second time me and umar hanya bedua travel naik kapal dari Sandakan ke KK. Baru setahun ndak balik2 ke sini. Macam2 sudah pembangunan. I dont know why .. I always in love with this town :)

Tahun lalu view dari tingkap Marina Court KK.



Bulan November dan kedai online

Rupanya membuka kedai online dan menguruskan transaksi dengan orang ramai dan stranger adalah satu pengalaman perasaan yang bercampur-campur.

Di luar sana ada macam- macam gaya orang. Orang yang schizorphenia dan berhalunisasi pon hada!.. Nasib baik ada hubby yang matang hewhew.. kalau ndak habis sudah aku tatak sai tu. Aishehman.. mau menatak kunun.. pegang ikan pun ndak pandai . Tiba2 !..

Yang penting mau kena profesional kunun... sabar itu penting. Orang yang sengaja menghantar sms semata-mata mau kondem ko punya jualan atau orang Sabah bilang.. andu bah diulu ulu jualanmuu..adalah orang yang kurang kasih sayang.. hewhew..

Kalau dilayan orang begitu.. tambah dorang suka tu. Yang penting hati mesti happy dan tenang. Setkan hati dan nawaitu tu.. berniaga ini untuk ibadah.. bukan mengejar kekayaan semata2 sampai lupa segala.

Okeylah mau ucap hello juga kepada visitor2 dari Majalah.com. Sebab tengok statistik blog, ramai yang singgah ke blog ini daripada majalah.com :). Thanks Majalah.com !

Simpan iklan kejap ya :). Please support me you guys ! :)



Sunday 21 October 2012

Sakit belakang gue !

Salam blog dan pembaca budiman yang sanggup meluangkan masa membaca atau terbaca blog humble ini :)..

Tadi lama memikir apa tajuk diatas.. blank!.. Jadi tertaip apa  yang aku rasa sajalah hehe.. Sorry menjadikan ruang blog untuk mengadu domba kesakitan segala hewhew...

Adoinaaa ndak boleh aku taip lama2 ni.. sebab ndak boleh duduk lama2. Sekarang tengah malam jam 12:38.. i need my beauty sleep dan tenaga sleep untuk melayan kerenah anak manjaku sorang tu..

Kaki segala cramp.. Tadi siang setelah sekian lama habis pantang tahun lalu.. sekali lagi aku berurut dengan bidan terror mengurut wa cakap lu!.. Rupanya peranakan ku tersiring siiriing dia.. Dia ke sebelah kiri banyak dan urat besarku berkumpul sudah itulah susah aku bergerak... lepas mak bidan urut, punyalah ringan rasa badan.. tapi malam ni datang balik pulak sakit tu..?..

Aku duduk lama depan lappy kali?.. Bah beransurlah dulu makcik ya nak..kita jumpa lagi lain kali hehe..

Aku bercadang mau update atau kasi makan blog ni paling minima atau paling tiada paling manang seminggu sekali?..amacam.. kau boleh jiaann??.. Ndak aku mau buka blog lepas tu kasi terkontang kanting bergantung tidak bertali ..

Sayang blog yang satu lagi tu.. sudah lama sayang aku..dan lagi sebab Hanis Zalikha pernah komen blog haprak tu..time2 dia awal2 popular adalah masa dia komen blog feminat kan.. Tapi ndakpa..blog tu dari mobile phone boleh buka..cuma dari laptop jak ndak boleh..telah digodam dihack oleh kunoichi dot com entahpapntah..

Okey..selamat malam semua. Maafkan saya kalau ada tersalah taip atau terover acting muehehe..

Mau cari satu gambar dulu sebelum chioww.. lappy ni si Yana sudah pegang jadi aku godek2 dulu picnya.. #malasmau upload pic -_-. Okey taruh dulu gambar Umar dan bakal adik ipar gue ! :)